Pages

Wednesday, February 23, 2011

Korang tak rase ke kawan tu menyeronokkan?!

Assalamualaikum...

Ok, tetibe aku rasa nak cerita sikit  pasal topik kawan-kawan ni. Kenapa? entahh la..  dah rasa nak tulis..tulis je la kan...ahahha~ okay, ape yang korang faham dengan maksud "KAWAN"? Kenapa ada orang memilih untuk TIDAK BERKAWAN? Kenapa kita kena berkawan?

Okay la, 1st of all aku nak tanya korang la kan. Korang boleh ke hidup tanpa KAWAN ni? Ok, kalau boleh kenapa & kalau tak boleh kenapa? Frankly, kalau aku la kan jawapannya adalah TIDAK SAMA SEKALI! Aku memang tak boleh hidup tanpa kawan. huh? Apa? Memangla tanpa makanan pun kita tak leh hidup, tapi tu lain. Ini kes yang melibatkan "ATTITUDE" kita yang sebenar. Jeng! Jeng! Jeng!


Kenapa pulak? Ala..tak payah explain pun korang dah taw. Kalau macam aku lah kan, dengan kawan-kawan aku la baru semua perangai JADIK! ahahah~ tak paham? Maksudnya, semua perangai kita keluar la. Bak kate pepatah "ALL OUT you" uhuhu~ Takde cover-cover, selesa, happening, enjoy, happy-mappy and semua lah. Kan?

Tak seronok ke gitu? Tapi sebelum mula BERKAWAN tak payah cerita la. Aku ni malu-malu itik sikit. kuikuikui! Yela, mula-mula kan. Tetibe terus ALL OUT aku rasa kureng selesa sikit. heee~ Tapi mula-mula jela. Pastu kirim salam! Ahaahh~ Tu pattern aku la. May be korang semua ada cara masing-masing yang berbeza. Kan kan kan???

Kenapa aku ckp kawan ni meyeronokkan? Aishhhh! Tu p0n korang tak taw lagi. Memang la sonok! Dapat keluar together-gether, sharing-maring, saling membahagiakan antara 1 sama lain, buat kita selalu KETAWA! buat kita SAKIT HATI! Buat kita rasa nak LEMPANG dia! Ahahha~ cam tu lah kawan babe! Bila kita tak tahu dia tolong bagi tahu. Kalau kita cdey dy kasi semangat. Seronok kan?



Apa beza kawan ngan family ke org lain ke?? Ok la, kalau ngan family especially parents or abg or kakak kita. Kita kalau BENGANG kita tak boleh nak marah dia kan? Tak boleh nak BELASAH dia kan? Nak JENTIK sikit pun takot kan? Yela, respect punya pasal.. Haaa..tu lah guna KAWAN! Kasi BELASAH jek..ohoho~ Kawan-kawan kalau kena camtu dah biasa dah..=p Btoi tak kawan-kawan? But well, aku ni kan baik, mana la pernah belasah kawan-kawan aku kan? Ish3...

Lagi SERONOK bila dekat pesbuk! Ade je tukang ng0mel2 kat ctu..kan? Baru lah happening hidup ni. Takde la sunyi sepi mcm hidup  seekor kera  sebatang kara. kan kan kan? Bila post je status ade je yang menge"LIKE" kan? Ahahha~ supporter besar tuh. Pastu sharing-maring info together-gether. BEST kan. Bila sorang salah kasi info, semua orang sekali dapat salah info..huahuahua~



Hidup tanpa KAWAN ni umpama hidup tanpa GELAK dan TAWA. Ececehh! Kawan-kawan sekalian, SILA TERHARU! ~,^

Sekian, Terima kaseh.. ~,^



Tuesday, February 22, 2011

Permulaan kisah cinta...

Assalamualaikum...



Hurm.. kata orang cinta tu datangnya dari mata turun ke jantung. Eikkk! hati lah! iya..bt0i bt0i bt0i! Kalau tak ada mata macam mana nak bercinta.Kan? ok ok. Kalau ak cerita pasal cinta memang tak habis-habis. Lagipun, aku bukan reti sangat nak cerita bab cintan cintun kat sini. heee~

Okay, mulanya kisah cinta! berbalik pada 'statement' "CINTA datangnya dari MATA turun naik turun naik ke HATI. MATA memainkan peranan yang sangat penting bagi kita. Tak gitu? Tanpa mata gelaplah hidup kita, tiada warna-warni kehidupan, hilanglah segala nikmat di dunia. Ececehhh~ jiwang la pulok!

TERtidur dengan kanta lekap! SOLEKAN dekat mata tak di buang! Ramai yang wat 'dunno' je dengan mata diorang. Kan? Tak sayang mata ke? Walaupun aku selalu TERsengaja tidur dengan kanta lekap, tapi tak selalu. =p Erkk! Btw, DONT DO THIS AT HOME!!! Ah, tak kisah la home ke hostel ke bilik ke! JANGAN pernah buat okay!



Actually, bila kita tidur dengan kanta lekap dan solekan pada mata yang tidak dibuang, ia boleh mengakibatkan mata kita DIJANGKITI kuman sehingga timbul masalah serius pada organ TERpenting itu. Salah satunya, mata boleh BERNANAH. Nak ke mata jadik cam gitu? Iyeuwww! of course la  TAK NAK!!!

Pengalaman aku TERsengaja tidur ngan kanta lekap. Bangun je esok pagi mata macam kelabu-kelabu taik biawak. G0shh!! pastu apa lagi. Cuak tak pasal-pasal. Then, bila dah tanggalkan kanta lekap pun STILL kelabu lagi. Time tu serious takut! Aku TAK NAK BUTA!!!! Then, esoknya baru OK. Fuhh! selamat aku.

Ingat tak pencipta lagu JESNITA yang diyanyikan oleh EXIST tu. Dia buta pasal pakai kanta lekap la. Tapi, katanya, dia pakai ikut arahan dah tu. Huhhh! Takut? Hurmmm... Sedangkan yang pakai ikut arahan doktor pun boleh buta, inikan kita yang main BANTAI jek nak pakai sesuke hati. huhh!


Jadi? Kalau korang adalah salah sorang yang buat macam ni, PLEASE, STOP it! Kecian mata kita. (termasuklah aku.. -_-") Jangan nanti bila mata kita dah rosak ataupun dah buta baru nak menyesal. Its t0o late!

Dari MATA turun ke HATI. Mata itu pesona jiwa, dari MATA kisah CINTA bermula.


-Sumber Asli dipetik dari majalah RAPI dan telah di 2nd hand kan oleh LR- ~,^





Thursday, February 17, 2011

Luahan hati lelaki kepada wanita

Assalamualaikum...

Hai semua readers! =) Ok, ini aku ada dapat 1 artikel. Hurmmm.. artikel ke?? ntah la.. maybe jugak sajak.. hurmm.. ntah la.. apa-apa pun, I've g0t this fr0m ligat menaip. Tak silap aku ni karya dia sendiri kot. So, mari kita baca luahan seorang lelaki ini.. ;)


Wahai wanita 

Aku merayu kepada korang 
 Jangan la pakai yang seksi-seksi 
 Kerana mata aku jadi juling melihat korang 
 Hidup aku jadi tidak tenteram 
 Hati aku jadi jadi tidak keruan 
 Menahan diri daripada menjadi tidak terkawal 
 Melihat wajah yang cantik 
 Melihat bentuk badan yang ramping 
 Melihat kulit yang licin menggebu
 Melihat lenggok langkah yang menggiurkan 
 Aku tau, iman aku masih lemah 
 Korang pun jangan la tambah melemahkan iman aku 
 Aku berusaha menundukkan pandangan 
 Tapi sampai bila aku mau jalan sambil tengok tanah?
 Aku mau jalan dengan bebas 
 Sambil tengok ke arah depan
 Tanpa perlu risau terlihat korang yang seksi-seksi
 Entah bila baru aku dapat merasai sedemikian


Wahai wanita


 Aku suka melihat korang bertudung
 Sungguh manis sekali dilihat
Tapi alangkah sayangnya
Tudung yang korang pakai itu terlalu mencantikkan
Lihat saja shawl, tudung yuna dan segalanya
Memang korang nampak cantik pakai semua tu
Tapi cantik atas sebab lain
Pakai tudung tapi masih menampakkan, err, 'dua gunung'
 Pakai tudung tapi masih menampakkan bentuk badan
Pakai tudung tapi aurat lain tidak ditutup dengan lengkapnya
 Aduh, terseksa batin aku
 Korang lagi cantik dari wanita seksi
 Tapi tidak ubah seperti wanita seksi
 Masih membuatkan hati aku tidak keruan
 Adakah aku terpaksa menundukkan pandanganku selama-lamanya?



Wahai wanita

 Jangan la terlalu mencantikkan diri 
 Kerana bagi aku, korang memang sudah cantik
 Semua wanita memang cantik
 Semua ciptaan Allah indah-indah belaka
 Cukup la sekadar orang tertentu saja melihat kecantikan itu
 Aku tidak sanggup menjadi perampas hak milik orang
 Aku tidak mau berdosa kerana itu
 Dan aku pun tidak mau korang berdosa jugak
 Semua pun mau masuk syurga bukan?
 Kecantikan bukan hanya perlu ditunjukkan di luaran saja
 Kecantikan dalaman la yang sepatutnya ditunjukkan
 Maksud aku bukannya tunjukkan hati tu kepada orang
 Tapi jadi la wanita yang baik
 Wanita yang menjaga agamanya
 Wanita yang tidak menyebabkan hati lelaki jadi tidak keruan

Wahai wanita

Mari la kita berubah
 Aku berubah dengan menahan pandangan aku
 Korang berubah dengan mengubah penampilan korang
 Kita sama-sama berubah
 Aku tau memang susah untuk berubah
 Tapi hasilnya pasti sangat baik
 Aku dapat pahala, korang dapat pahala
 Aku masuk syurga, korang pun masuk syurga
Senang saja sebenarnya
 Aku tau, perempuan ego sikit bila sebut tentang kecantikan
 Semuanya memang ingin nampak cantik
 Tapi cuba la runtuhkan ego itu
 Mind setkan minda korang
 Fikirkan bahawa yang cantik-cantik itu perlu disimpan
 Bukan untuk ditayang sesuka hati
 Benda yang cantik itu berharga
 Tetapi tidak perlu ditunjukkan kepada semua kecantikan itu
 Apa gunanya bila semua orang tau?
 Paling-paling pun, lelaki semakin tidak keruan hatinya
 Yang perempuan pulak, akan ada yang cemburu
 Jadi, mari la kita sama-sama berubah
 Simpan la yang cantik-cantik itu
 Kerana sampai bila-bila pun, korang memang cantik
 I know you can do it, girls

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Inilah pengakuan ikhlas dari seorang lelaki dengan cara yg paling moden yang aku pernah jumpa.ahahah~ Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal... =)





Wednesday, February 9, 2011

TERIMA KASIH WAWA!!! ~,^ *eksklusif*

Assalamualaikum..


Ok, entry kali ni saya tujukan KHAS ok KHAS utk WAWA g0mox! lalala~ btw, as usual cik wawa SILA TERHARU....=)

Ini adalah kerana: 
1) Tetibe ak rase malas nak cerita...=p

Ok ok... kita cite secara rambang jela eyh... Hari tu masa CNY dia ajak aku pergi Times Square (TS) dan telah ditemani oleh bekas rumet aku dulu Cek mek Azi juga ak bawak spupu sepapat aku..




Memang sangat gumbira itu hari walaupun fulus takdo... O.0" AHAHAH~ yg penting kite ENJOY! dapat la main b0wling 1 set with balingan yg infinity..ohohoh~ itu rezeki namanya.. kit0rang dapat meneruskan bowling walaupun game da abes taw..ohohohohH~

The most IMPORTANT thing!!! WAWA telah mengingatkan aku yg tarikh utk bayar yuran UiTM berakhirnya hari itu. Walaupun hanya tinggal 1 jam dan beberapa minit lagi... Aiyoooo!! tr0k nye ko ni Lynn.. nasib sempat taw...kalau tak extend la 1 tahun aku ni jawabnye...huhh!

Jangan wat lagu ni lagi ye Lynn. Btw, thanx wawa kerana mengingatkan aku. Jadinya aku tujukan lagu TOLONG INGATKAN AKU by Ana Rafali KHAS untukmu... ececehh~ kembang kempis hidung wawa ak nengok..uhuhuuh!


Thanx for read this entry! ~,^


Tuesday, February 1, 2011

InsyaAllah malay version is really AMAZING!~,^

Assalamualaikum...

Fehhhh! 1st time dengar lagu ni bt0i2 terkesima..eheheh~ sedap la MAHER ZAIN bawak lagu ni dalam Bahasa Malaysia...=)

Really LOVE this song also ALL songs by MZ...~,^
Enj0y this song!




Andainya,
Kau rasa tak berupaya,
Hidup sendirian tiada pembela,
Segalanya suram, bagai malam yang gelap,
Tiada bantuan, tiada tujuan.

Janganlah berputus asa,
Kerana Allah bersamamu,

[chorus]

InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..

Andainya kesalmu berulang lagi,
Bagai tiada ruang untuk kembali,
Tika keliru atas kesilapan lalu,
Membelenggu hati dan fikiranmu.

Janganlah berputus asa,
Kerana Allah bersamamu.

[chorus]

Kembalilah,
Kepada yang esa,
Yakin padanya, panjatkanlah doa,
Ooo Ya Allah,
Pimpinlah daku dari tersasar,
Tunjukkan daku ke jalan yang benar,
Jalan yang benar.. Jalan yang benar..
Jalan yang benar..

[chorus]


Btw, aku dengar dia nyanyi mmg sejibik mcm others MALAYSIAN...;D