Pages

Saturday, June 1, 2019

Review KFRY IOI City Mall & OU Damansara (Korean Food)

Assalamualaikum and hi!

Okay hari ni aku nak review pasal makanan Korea yang sampai ke hari ni aku nak pi je dia punya beraturrrr...alahai give up dibuatnya :') That means the foods are good enough or they do not open more branch.lol

So, aku dah pergi DUA(2) cawangan dia. Satu dekat IOI City Mall,Putrajaya dan lagi satu dekat OU (One Utama). Aku start with IOI City Mall dulu. IOI City Mall ni bagusnya sebab dia agak sistematik sebab kau tak payah la beratur lama dekat situ. Kfry buat sistem ambil nombor. So, bila dah ambil nombor tu kalau kau rasa nombor kau tu jauh lagi, kau boleh lah pergi shopping dulu ke cuci mata ke or buat jelah apa-apa yg patut.

So, macam agak-agak nombor kau dah nak sampai tu kau standby jelah kat depan pintu tu. Lepas tu bolehlah memulakan meng'order' makanan yg korang nak. Apa yang aku boleh cakap, aku lebih suka makan side dish dia dari ayam kfry dia..HAHA

Next, aku pergi kfry dekat OU tu sbb cannot imagine and cannot tahan dengan Q yg almost 2 jam dekat IOI hari tu.LOL. Apa yg aku boleh cakap, OU much better sbb masa menunggu dia kasi kau minuman ringan.. and then aku rasa OU ni org tak berapa ramai macam g IOI tu. Maybe kawasan yg agak padat area OU. OU pun ada gak numbering system. Aku ingatkan takda mulanya tapi okay je. Cuma aku pernah dengar yg kat KLCC tu takda sistem numbering ni but not sure as at to date lah.


Tadaa! Ayam KOREA yg digilai ramai
Ayam dia ada 3 jenis. Original, Spicy and Honey Mustard.
Okay, FYI ayam dia yg spicy tu memang spicy bukan acah-acah tau πŸ˜‚ Dan bukan juga yg pedas sgt mengalahkan samyang sampai nangis-nangis tu, dia just meleleh air hidung lah. So, klu mkn dengan cheese dia tu agak balance lah kan sbb cheese tu cover spicy dia tu. Next, honey mustard. Haaa, yg honey mustard ni memang TERBAIKKK! Aku lebih suka honey mustard sbb aku tak rasa suffer sangat makan dia. Kalau spicy tu aku makan bertiga masing2 dok pass ayam tu suruh perabeskan HAHA..tapi bila makan honey mustard ni dengan tenang aku habiskan..acehhh😝 Next, original ni aku tak pernah try sbb aku takut rasa dia tu biasa-biasa sgt and nnt nak makan dengan cheese tu mcm muak pulak kan..so kitorang tak pernah order.

Ni masa makan yg spicy dekat IOI City Mall


You gais tahu tak sebenarnya kan, what is the best food to have at Kfry ni???
Haaaa, meh sini aku nak bongkarkan rahasianya! HAHHA acah lebih pulak dahh.
Sebenarnya yg buat aku nak sangat makan kat sini even kena beratur panjang adalah sebab TUNA RICEBALLS kfry!

Haa tengok ni!! Tuna riceballs paling sedap didunia :')
Aku tak kira lah lidah org lain cakap macam mana tapi so far aku pergi kfry dengan kawan aku bertiga, mmg ni yg masing2 kata sedap yakmattt wehhh!! First time g sana, balik je teringat2 kat Tuna Riceballs ni.. tak leh move on wehhh seriousss!! Aku tak tahu nak describe makanan ni macam mana tapi serious mmg sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Rasa tuna, telur, seaweed, bawang goreng and entah apatah lagi tp sedap sangatlah cerita dia.. Klu tak percaya boleh cuba. Klu dah cuba nnt korang repeat tu GOOD LUCK lah utk next visit nak Q tu..LOL

Yg kuning tu namanya bingsoo. Aku amek yg mangga punya flavour.

Since masa first time aku pergi tu ramai sungguh yang order bingsoo ni, so for the second time kitorang order lah. Rasa dia memang sedap. Kami makan bertiga pun pulun nak kasi perabess!πŸ˜‚

So overall makanan kat kfry ni ok sedap-sedap. Cuma kalau ayam dia tu aku rasa banyak juga tempat lain dah buat yg macam ni so kalau semata dtg nak makan ayam better g tempat lainlah bagi aku. Cuma ayam honey mustard tu lah yg lain sikit sebab rasa dia sedap yg just nice tu. Aku boleh kata almost perfect lah rasa dia. DAN dan dan dan the best food memang TUNA riceballs dia TERRRRBAIK! Yang lain aku pun tak pernah try lagi.

Price dekat Kfry ni biasanya 1 makanan tu almost RM30 macam bingsoo, tuna riceballs etc. Yang ayam dia range RM48-RM52. Kfry ni tak seronok makan sorang dua sebab tak banyak makanan kita boleh try, min 3pax lah. The more the merrier gituu..

Ok lah, ni je yang sempat aku share. Semoga bermanfaat!
Tata!




Saturday, May 18, 2019

ITINERARY KE HUA HIN, THAILAND BAJET murah je 😍


Assalamualaikum and Hi uols!
Ok kita nak share sikit itinerary pergi ke HUA HIN 24-28 April 2019 hari tu.

Ha, sebelum tu bolehlah SHARE dengan kawan-kawan ke cousin ke family ke utk percutian ke oversea yg sangat berbaloi ni okayy!

Okay hari ni aku nak share sikit trip aku pergi hari tu 5H 4M termasuk flight ticket + luggage + hotel + transport + makan dengan bajet tak lebih dari RM800. Best ke best?

Okay, kami pergi berempat. Supposedly single cousin trip tp cousin yg lagi sorang takmau ikut pula, so tu lah nak jadi cerita.. kawan baik aku punya kakak ipar tiba2 wasap aku “Lynn, tak nak bawak akak pi Hatyai ke? Moh lerr” haa makanya ding dong ding dong jadi ah trip kami dgn mak orang sorang lagi nih.HAHA

Okay, COST (part paling org tak sabar nak tahu kan!):
πŸ‘‰Flight (return): RM205, tp kami amek 20kg pergi and balik so jadi RM230/pax
πŸ‘‰Hotel: RM140/pax, 4 malam
πŸ‘‰Attraction place: +-RM120/pax
πŸ‘‰Transport: +-RM150/pax
πŸ‘‰Meals: +-RM150
πŸ‘‰Simcard: RM32 (share hotspot), RM8/pax

Okay, sebelum tu. Hua Hin? Kat mana tu? Apa je ada kat sana? Haha mmg ni lah soalan semua org tanya, maklumlah tempat tak famous. Tapi tapi tapi..tempat ni cantik sangat korangg. Dia ala-ala Greece, Italy, Morocco and Switzerland tau! Okay, Hua Hin ni dekat Thailand ye.

Okay, aku teruskan jelah dengan Day 1 sekejap lagi. Aku ada byk benda nak bagi tau tapi macam terlalu panjang kalau buat dekat 1 posting ni aje.. So, InsyaAllah kita share slowly lah ye. Ini overall itinerary hari tu. Dari segi teknikalnya aku akan share sikit-sikit nanti..insyaAllah

DAY 1
-Kami sampai je Hua Hin Airport around 12.30pm. Dr hua hin airport kami kena 600 baht utk ke Hotel kami di Cha Am
-Check in Hotel dkt Cha Am
-And then pergi makan dekat Muslim Restaurant sebab kebulur yakmat
-So next,The Venezia. The Venezia ni lah yg ala-ala Italy. Klu beli tiket kat sana mahal sikit, so aku manage utk beli tiket dekat klook siap utk gondola, king & queen photo, sheep feed and mini train.
-Lps tu kami habis kat Venezia around 7pm and kami balik pergi ke Muslim Restaurant tu semula sbb makanan dia boleh tahan padu.
-Lps tu kami balik hotel just walking distance.
**Semua perjalanan kami hari ni naik Grab, sbb rupanya baru tahu Cha Am xda tuk tuk (which is cheaper than grab)
πŸ’›So overall utk perjalanan Day 1 kami yg agak membazir sbb cost utk Grab around 320baht sorg.

DAY 2
-Go to 1000 sook food and farm. Tempat ni cantikkk sangat. Ala-ala rumah hobbit tu. Ada byk haiwan jugak mcm kambing, arnab, pony n kita boleh kasi makan. Masuk sini kena byr 50baht sorg.
-Next kami pergi Santorini Park. Ni kena byr 150baht. Kat sini lah ala-ala Greece yg cantikk sangat jugakk kami amek masa 3 jam kot kat sini.
-Next supposed kami pergi Camel Republic (150baht) which is ala-ala Morocco tp kami penat sangat bergambar so kami terus skip ke Swiss Sheep Farm which is sini pulak ala-ala Switzerland gituuu. Aku beli tiket ni dekat Klook jugak sebab murah dpt Rm12, supposed 150baht. Cantik jugaklah cerita dia. Ala-ala country home gituu.
**So perjalanan hari ni pun semua pakai Grab sebab kami jumpa driver Grab yg sgt baik offer utk naik dia 3 hari dan dia sanggup tunggu kami di setiap tempat yg kami visit. Supposed klu upah taxi kena 1200baht utk 8 jam.
πŸ’›So cost utk transport Day 2 hanya 160baht seorang
.
DAY 3
-Kami check out Hotel dkt Cha Am and kami stay dekat Hua Hin pulak sbb byk tempat nak pergi area sana, so cost grab akan lebih murah.
-So, kami pergi Wat Klai Kangwon iaitu Buddhist temple. Tempat ni free je.
-Next kami pergi Seenspace. Wowoww! Tempat ni cantik sangat okayyy. Wajib pergi!haha View beach combine with pool makes this place very very very nice! Masuk free tp bila nak ambil pic kat sana kena duduk kat cafe, so silalah order air ye! Lagipun sana panas lit lit, korang pun sure haus punya
-Next, Plearwan. Sini masuk pun free cumanya byr parking grab kami 40baht. Sini ala-ala vintage market. Semua mainan dan makanan kita yg 80an tu mostly ada.
-Next, Hua Hin Railway Station. Haaa, mmg wajib pergi sebab ni lah kiranya tugu dia. Tugu ke namanya ek? Kira mcm org sebut KL, mesti tau KLCC. Ha mcm tu lah lebih kurg. So sini station dorg yg paling cantik n besar.
-And last, malam tu kami pergi ke Cicada Market. Sini byk kraftangan dan byk benda yg menarik dan unik ada dijual di sini.
πŸ’›So, cost utk Day 3 around 220baht/pax.

DAY 4
-Kami pergi ke floating market. Kejap je amek pic n then move to next place sbb rupanya nak masuk market ni kena 200baht. So kami xready sbb masing2 tgh berjimat nak bershopping utk balik nntπŸ˜‚
-Next, Rajabhakti Park. Dalam bahasa fahamnya Kings Park. Kat sini ada patung batu King diorang. Sini amek pic mmg cantikkk. Silalah amek pic puas2 ye! (bahasa aku dah xberapa nak formal sbb tiba2 aku rasa pjg gila post ni.
-Next, kami pergi Bluport. So sampai sini je Grab Driver kami George boleh hantar. Dia kata dia ken balik Bangkok. Sedih jgk lah kami sbb dia je rajin melayan kerenah kami stay berejam amek pic bagai
-Next, Market Village. So kami naik bus je sbb George ckp naik bus 10baht je. So, hurayyy!
-Next, Tamarind Market. Yg ni pun kami naik mcm van ke tuk tuk ke just 10baht je. Tamarind market ni lah tmpt klu korang nak makan seafood beso beso baekkk punyaa!
-Next, Hua Hin Night Market. Yg ni just opposite Tamarind Market so jalan kaki aje. Sinilah tempat uols nak shopping tshirt n massage. Massage murah gila. Klu tshirt bg aku 100baht sehelai mahal. Haha. Sebab Rm1=13baht. Mahai dah na.
πŸ’›So perjalanan Day 4 ni around 160baht/pax

DAY 5
-Day 5 ni kami x buat apapun sbb flight kami pagi jam 11 camtu. So kemas2, sempat lah pi 7 eleven shopping brg dapur nk bawak balik Malaysia
πŸ’›Cost ke Airport just 200baht, so 50baht/pax.

So itu jelah yg mampu SHARE setakat ni.

Thanks to:
AirAsia for the direct flight to Hua Hin
Klook for the best price online ticket

Dan jgn lupa SHARE dgn cousin, bff and family korang utk percutian ke luar negara serendah Rm800 utk 5 hari 4 malam ni okayy!

Thanks for reading! Korang mmg penyabar ;) InsyaAllah next posting aku share kan GUIDE untuk ke HUA HIN ye! :)

Ni post yg sama dekat Fb, boleh tgk pic kat sini dulu..aku tak sempat nak upload lagi..HAHHA.. Punyalah pemalas!

Monday, January 22, 2018

Kenapa perlu ambil takaful atau insuran awal?

Takaful/Insuran.

Okay, jom kita tengok antara sebab-sebab nya.

LELAKI lebih berisiko dari WANITA.
Sekiranya MEROKOK risiko akan lebih tinggi.
Polisi akan jadi lebih mahal.
So? Berhenti merokok. Bukan berhenti menjadi lelaki. Ok?

Begitu juga usia. Semakin meningkat usia semakin meningkat caruman bulanan.
So? Ambil sewaktu MUDA atau sekarang sebelum usia semakin bertambah. Umur xkan boleh berkurang. Ok?

Sama dengan BERAT BADAN. Semakin berat badan semakin meningkat caruman bulanan. Sekiranya berat badan terlalu tinggi sijil takaful anda akan di reject especially untuk MEDICAL CARD.

Utk takaful hayat atau kemalangan masih boleh ambil tetapi akan lebih mahal dari biasa sebab ada loading.
So? Turunkan berat badan. Bukan minta agent turunkan harga sijil takaful. Ok? 😝
BMI kena IDEAL dan sihat.

APA YANG SAYA NAK SAMPAIKAN?

Ambil TAKAFUL mestilah sewaktu MUDA DAN SIHAT. Bukan saya nak kata, yg berusia x boleh ambil takaful, tapi kebayakannya pada masa tu mereka xsanggup nak bayar takaful kerana caruman bulanan yang hampir mencecah RM1000.

Syarikat Takaful juga xkan simply accept client, kalau ambil yg mmg dah ada sakit, semua syarikat insuran/takaful boleh tutup. Betul tak?

Bayangkan, baru bayar sebulan RM 200 tiba-tiba next month masuk hospital pasal dia mmg dah ada sakit cancer? Bil confirm beribu-ribu. So, keadaan yg macam ni xlain xbukan hanya akan merugikan syarikat.

Thats why, bila kita ambil takaful hari ini, dia ada waiting period (tempoh menunggu) selama 120hari. Ingat ye, ambil takaful harini bukan bermakna esok masuk hospital esok terus cover yaaa.. Kecuali kalau ACCIDENT!

So, sy sarankan ambillah sewaktu sekarang utk yg masih muda dan sihat. Berat pun masih ideal. Klu tak, bila awak nak ambil takaful nanti, takaful yang taknak kat awak.

If you reject takaful now, don't expect takaful will not reject you later. Ok?

You may PM or whatsapps me at www.wasap.my/60183744697/quotation+prubsn

Regards,
LyNn Aziz
Takaful Advisor

#prubsntakaful
#prubsnwarisan
#prubsnanugerah
#protectyourincome
#protectyourlovedone

Saturday, September 9, 2017

Review- Mr. Dakgalbi mytown cheras (korean food)

Assalamualaikum..

Hai,  hari ni kita nak buat review sikit mengenai makanan korea yang ada di Malaysia iaitu Mr. Dakgalbi. 😊

Okay,  ini adalah antara beberapa outlet dakgalbi  yang ada setakat ini.


Okay, menu taklah banyak sangat dan apa yang buat aku tertarik adalah set fried rice + ramen dia kerana ianya dimasak betul-betul di hadapan kita semua. So, aku pilih set untuk makan di sini. Ada ala carte tapi tak ambil. So,  antara menu yang disajikan adalah:









So,  since there are only three of us, we have decided to try  fried rice set (2pax) RM47. And we add on octopus and cheese ring. Cheese ring ni buat aku gila pasal tak tahan tengok dia punya leleh tu. HAHA. 

Okay,  next. Beverages. 
Ini lah menu yang ada. Aku tak order air pasal aku diet. (tapi ak makan cheese :')) 




Okay ini aku sajikan sikit video yang sempat aku rakam. Ada part lama kat air soya tu pasal teruja naw naw tengok makanan tu sampai lupa pause. HAHA. maafkan saya. 

Kami punya set nasi dan ramen tapi masing-masing mavam tak lalu makan nasi so kami tukar kepada ramen. Makan bertiga pun rasa sangat kenyang.  Tak habis tapi kami paksakan juga. Huhu.

Dia ada provide kimchi, soup dan tak tahu apa nama macam sejenis buah dijerukkan for free. Plus, ada kobis macam campur dengan mayonis. Free refill. 

Okay,  cukuplah rasanya setakat ini. Setelah lama tidak berkarya terasa kayu sungguh bahasa ku di sini. Haha. 

Thank you for reading! 😘

Wednesday, September 6, 2017

Adult enough maybe..

Assalamualaikum...


Haiii..wehhhh...lamanya tak update blog. Dah terlupa macam mana. HAHA.
Testing testing one two three.

Anybody there?

Okay, rasa kelakar sangat. Sekian.

p/s: I do think only teenagers will update their blog. Like me when I was a teenagers. Now adult enough..probably. LOL :')

Sunday, April 20, 2014

Guide to Ho Chi Minh, Vietnam Part 1

Ho Chi Minh, Vietnam.



Assalamualaikum..
            Hai u ols! Ok aku nak cerita pengalaman pergi Vietnam selama 4 hari dan 3 malam. Aku pergi trip ni sdn bhd(aku,mak,abg,mak ndak,pak ndak n kwn2 nya). Ok, utk yg 1st time nak g ho chi minh klu korg pergi dgn travel agent korg byk selamat dah which are korg xperlu risau psl tket,psl nk g hotel, naik apa, nak pergi mana n bla bla bla.. TAPI, klu korg g sdn bhd byk benda korg kena blajar dan tahu ye.

           Ok. 1st skali turun2 je airport korg jgn main keluar trus cari taxi kat luar tu taw bcoz usually yg tu caj mahal n dorg akan mintak TIPS! Erti kata lain "upah extra" gituu.. try to find this:


Ha, nampak x ada tulis mobifone tu? Yg tu la. Dia ada sediakan taxi dan yg paling penting boleh dipercayai ye. Ada resit taw! Masa aku g vietnam ni aku duduk hotel dekat dgn Ben Thanh Market so bayarannya dlm duit Vietnam 200,000 dong/car bkn ikut kepala ye. Perjalanan dlm 30 minit la.

Selalunya korg pun mesti dah 'book' hotel dulu kot kan sbelum nk g?klu korg g weekend ssh sket dpt hotel yg dekat ngan psr malam.Klu nak hotel yg jauh2 mmg bersepah2 hehe...aku 1st time g sana dok AXA HOTEL.Aku x recommend korg utk stay hotel ni atas sbb aku rasa hotel ni xberapa selamat. Dari hotel ni nak ke Ben Thanh Market ambik masa 5minit jln kaki. Atas sebab abg aku dan pak ndak ak kena rompak kat sana kami trus tukar hotel lain yg lebih dekat.

Esoknya kami terus bergerak ke CAT HOTEL which is lbih dkat dgn psr tu. Dr tingkap hotel dah nampak pasar. KlΓΉ  berjalan 20saat dah sampai. Ha, lg 1 hotel ni pun mmg lagi selesa dan selamat taw. Harga SAMA! Tu yg plg penting..1malam Rm150 mcm tu la lbih kurg. Hotel ikut kepala kat sini, klu 3 org dia akan kasi katil utk 3 klu 4 dia kasi katil utk 4 org. So byrn ikut la bilik utk 3 ke 4 org tu. THE MOST IMPORTANT part is mana2 pun hotel yg korg tinggal kat ho chi minh ni kan, PASPORT korg akan ďitinggalkan di kaunter. Nak tahu sbb apa? Sebab.. byk kes rompakan kat sana n pelancong hilang pasport. Itulah dia. Tolong sgt Berhati-hati kat sana okay.

Oh, lupa nk cerita pasal duit. Kat ho chi minh ni korg xpyh tukar duit dong pun xapa. Dorg terima duit Dong,Rm dan dollar. Ketiga2 nya acceptable taw. Baik naik taxi ke g kdai makan ke g psr malam ke shoping apa2 ke majority mmg accept RM. Cuma mcm 7eleven dorg xterima la. Dorg nk duit Dong jgak. Gituu..

Aku nk cerita pasal kes kena rompak tu tapi mcm pjg la plk. Xpe, aku akan cerita jugak cuma tunggu yg Part 2 la ye. Letih tgn aii..ngantuk pun ye jgk..hehe.. ok smpai sini dlu ye.Nanti ak cerita makan mcm mana minum macam mana brg apa yg best n tempat mana yg menarik utk dilawati kat sana k..

To be continued...... :)



***dah lama x update blog aku lupa mcm mana nk ltak iklan kat post.huhu.. k la next tym jela refresh blk..kiki

Maaf juga atas kekurangan meng'update' blog ni sbb pkai fon je. Nk ltak pic byk2 pun ssh hehe


Tata..Assalamualaikum semuaaa.. :)