Pages

Thursday, February 17, 2011

Luahan hati lelaki kepada wanita

Assalamualaikum...

Hai semua readers! =) Ok, ini aku ada dapat 1 artikel. Hurmmm.. artikel ke?? ntah la.. maybe jugak sajak.. hurmm.. ntah la.. apa-apa pun, I've g0t this fr0m ligat menaip. Tak silap aku ni karya dia sendiri kot. So, mari kita baca luahan seorang lelaki ini.. ;)


Wahai wanita 

Aku merayu kepada korang 
 Jangan la pakai yang seksi-seksi 
 Kerana mata aku jadi juling melihat korang 
 Hidup aku jadi tidak tenteram 
 Hati aku jadi jadi tidak keruan 
 Menahan diri daripada menjadi tidak terkawal 
 Melihat wajah yang cantik 
 Melihat bentuk badan yang ramping 
 Melihat kulit yang licin menggebu
 Melihat lenggok langkah yang menggiurkan 
 Aku tau, iman aku masih lemah 
 Korang pun jangan la tambah melemahkan iman aku 
 Aku berusaha menundukkan pandangan 
 Tapi sampai bila aku mau jalan sambil tengok tanah?
 Aku mau jalan dengan bebas 
 Sambil tengok ke arah depan
 Tanpa perlu risau terlihat korang yang seksi-seksi
 Entah bila baru aku dapat merasai sedemikian


Wahai wanita


 Aku suka melihat korang bertudung
 Sungguh manis sekali dilihat
Tapi alangkah sayangnya
Tudung yang korang pakai itu terlalu mencantikkan
Lihat saja shawl, tudung yuna dan segalanya
Memang korang nampak cantik pakai semua tu
Tapi cantik atas sebab lain
Pakai tudung tapi masih menampakkan, err, 'dua gunung'
 Pakai tudung tapi masih menampakkan bentuk badan
Pakai tudung tapi aurat lain tidak ditutup dengan lengkapnya
 Aduh, terseksa batin aku
 Korang lagi cantik dari wanita seksi
 Tapi tidak ubah seperti wanita seksi
 Masih membuatkan hati aku tidak keruan
 Adakah aku terpaksa menundukkan pandanganku selama-lamanya?



Wahai wanita

 Jangan la terlalu mencantikkan diri 
 Kerana bagi aku, korang memang sudah cantik
 Semua wanita memang cantik
 Semua ciptaan Allah indah-indah belaka
 Cukup la sekadar orang tertentu saja melihat kecantikan itu
 Aku tidak sanggup menjadi perampas hak milik orang
 Aku tidak mau berdosa kerana itu
 Dan aku pun tidak mau korang berdosa jugak
 Semua pun mau masuk syurga bukan?
 Kecantikan bukan hanya perlu ditunjukkan di luaran saja
 Kecantikan dalaman la yang sepatutnya ditunjukkan
 Maksud aku bukannya tunjukkan hati tu kepada orang
 Tapi jadi la wanita yang baik
 Wanita yang menjaga agamanya
 Wanita yang tidak menyebabkan hati lelaki jadi tidak keruan

Wahai wanita

Mari la kita berubah
 Aku berubah dengan menahan pandangan aku
 Korang berubah dengan mengubah penampilan korang
 Kita sama-sama berubah
 Aku tau memang susah untuk berubah
 Tapi hasilnya pasti sangat baik
 Aku dapat pahala, korang dapat pahala
 Aku masuk syurga, korang pun masuk syurga
Senang saja sebenarnya
 Aku tau, perempuan ego sikit bila sebut tentang kecantikan
 Semuanya memang ingin nampak cantik
 Tapi cuba la runtuhkan ego itu
 Mind setkan minda korang
 Fikirkan bahawa yang cantik-cantik itu perlu disimpan
 Bukan untuk ditayang sesuka hati
 Benda yang cantik itu berharga
 Tetapi tidak perlu ditunjukkan kepada semua kecantikan itu
 Apa gunanya bila semua orang tau?
 Paling-paling pun, lelaki semakin tidak keruan hatinya
 Yang perempuan pulak, akan ada yang cemburu
 Jadi, mari la kita sama-sama berubah
 Simpan la yang cantik-cantik itu
 Kerana sampai bila-bila pun, korang memang cantik
 I know you can do it, girls

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Inilah pengakuan ikhlas dari seorang lelaki dengan cara yg paling moden yang aku pernah jumpa.ahahah~ Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal... =)





2 comments: