Pages

Tuesday, February 22, 2011

Permulaan kisah cinta...

Assalamualaikum...



Hurm.. kata orang cinta tu datangnya dari mata turun ke jantung. Eikkk! hati lah! iya..bt0i bt0i bt0i! Kalau tak ada mata macam mana nak bercinta.Kan? ok ok. Kalau ak cerita pasal cinta memang tak habis-habis. Lagipun, aku bukan reti sangat nak cerita bab cintan cintun kat sini. heee~

Okay, mulanya kisah cinta! berbalik pada 'statement' "CINTA datangnya dari MATA turun naik turun naik ke HATI. MATA memainkan peranan yang sangat penting bagi kita. Tak gitu? Tanpa mata gelaplah hidup kita, tiada warna-warni kehidupan, hilanglah segala nikmat di dunia. Ececehhh~ jiwang la pulok!

TERtidur dengan kanta lekap! SOLEKAN dekat mata tak di buang! Ramai yang wat 'dunno' je dengan mata diorang. Kan? Tak sayang mata ke? Walaupun aku selalu TERsengaja tidur dengan kanta lekap, tapi tak selalu. =p Erkk! Btw, DONT DO THIS AT HOME!!! Ah, tak kisah la home ke hostel ke bilik ke! JANGAN pernah buat okay!



Actually, bila kita tidur dengan kanta lekap dan solekan pada mata yang tidak dibuang, ia boleh mengakibatkan mata kita DIJANGKITI kuman sehingga timbul masalah serius pada organ TERpenting itu. Salah satunya, mata boleh BERNANAH. Nak ke mata jadik cam gitu? Iyeuwww! of course la  TAK NAK!!!

Pengalaman aku TERsengaja tidur ngan kanta lekap. Bangun je esok pagi mata macam kelabu-kelabu taik biawak. G0shh!! pastu apa lagi. Cuak tak pasal-pasal. Then, bila dah tanggalkan kanta lekap pun STILL kelabu lagi. Time tu serious takut! Aku TAK NAK BUTA!!!! Then, esoknya baru OK. Fuhh! selamat aku.

Ingat tak pencipta lagu JESNITA yang diyanyikan oleh EXIST tu. Dia buta pasal pakai kanta lekap la. Tapi, katanya, dia pakai ikut arahan dah tu. Huhhh! Takut? Hurmmm... Sedangkan yang pakai ikut arahan doktor pun boleh buta, inikan kita yang main BANTAI jek nak pakai sesuke hati. huhh!


Jadi? Kalau korang adalah salah sorang yang buat macam ni, PLEASE, STOP it! Kecian mata kita. (termasuklah aku.. -_-") Jangan nanti bila mata kita dah rosak ataupun dah buta baru nak menyesal. Its t0o late!

Dari MATA turun ke HATI. Mata itu pesona jiwa, dari MATA kisah CINTA bermula.


-Sumber Asli dipetik dari majalah RAPI dan telah di 2nd hand kan oleh LR- ~,^





Thursday, February 17, 2011

Luahan hati lelaki kepada wanita

Assalamualaikum...

Hai semua readers! =) Ok, ini aku ada dapat 1 artikel. Hurmmm.. artikel ke?? ntah la.. maybe jugak sajak.. hurmm.. ntah la.. apa-apa pun, I've g0t this fr0m ligat menaip. Tak silap aku ni karya dia sendiri kot. So, mari kita baca luahan seorang lelaki ini.. ;)


Wahai wanita 

Aku merayu kepada korang 
 Jangan la pakai yang seksi-seksi 
 Kerana mata aku jadi juling melihat korang 
 Hidup aku jadi tidak tenteram 
 Hati aku jadi jadi tidak keruan 
 Menahan diri daripada menjadi tidak terkawal 
 Melihat wajah yang cantik 
 Melihat bentuk badan yang ramping 
 Melihat kulit yang licin menggebu
 Melihat lenggok langkah yang menggiurkan 
 Aku tau, iman aku masih lemah 
 Korang pun jangan la tambah melemahkan iman aku 
 Aku berusaha menundukkan pandangan 
 Tapi sampai bila aku mau jalan sambil tengok tanah?
 Aku mau jalan dengan bebas 
 Sambil tengok ke arah depan
 Tanpa perlu risau terlihat korang yang seksi-seksi
 Entah bila baru aku dapat merasai sedemikian


Wahai wanita


 Aku suka melihat korang bertudung
 Sungguh manis sekali dilihat
Tapi alangkah sayangnya
Tudung yang korang pakai itu terlalu mencantikkan
Lihat saja shawl, tudung yuna dan segalanya
Memang korang nampak cantik pakai semua tu
Tapi cantik atas sebab lain
Pakai tudung tapi masih menampakkan, err, 'dua gunung'
 Pakai tudung tapi masih menampakkan bentuk badan
Pakai tudung tapi aurat lain tidak ditutup dengan lengkapnya
 Aduh, terseksa batin aku
 Korang lagi cantik dari wanita seksi
 Tapi tidak ubah seperti wanita seksi
 Masih membuatkan hati aku tidak keruan
 Adakah aku terpaksa menundukkan pandanganku selama-lamanya?



Wahai wanita

 Jangan la terlalu mencantikkan diri 
 Kerana bagi aku, korang memang sudah cantik
 Semua wanita memang cantik
 Semua ciptaan Allah indah-indah belaka
 Cukup la sekadar orang tertentu saja melihat kecantikan itu
 Aku tidak sanggup menjadi perampas hak milik orang
 Aku tidak mau berdosa kerana itu
 Dan aku pun tidak mau korang berdosa jugak
 Semua pun mau masuk syurga bukan?
 Kecantikan bukan hanya perlu ditunjukkan di luaran saja
 Kecantikan dalaman la yang sepatutnya ditunjukkan
 Maksud aku bukannya tunjukkan hati tu kepada orang
 Tapi jadi la wanita yang baik
 Wanita yang menjaga agamanya
 Wanita yang tidak menyebabkan hati lelaki jadi tidak keruan

Wahai wanita

Mari la kita berubah
 Aku berubah dengan menahan pandangan aku
 Korang berubah dengan mengubah penampilan korang
 Kita sama-sama berubah
 Aku tau memang susah untuk berubah
 Tapi hasilnya pasti sangat baik
 Aku dapat pahala, korang dapat pahala
 Aku masuk syurga, korang pun masuk syurga
Senang saja sebenarnya
 Aku tau, perempuan ego sikit bila sebut tentang kecantikan
 Semuanya memang ingin nampak cantik
 Tapi cuba la runtuhkan ego itu
 Mind setkan minda korang
 Fikirkan bahawa yang cantik-cantik itu perlu disimpan
 Bukan untuk ditayang sesuka hati
 Benda yang cantik itu berharga
 Tetapi tidak perlu ditunjukkan kepada semua kecantikan itu
 Apa gunanya bila semua orang tau?
 Paling-paling pun, lelaki semakin tidak keruan hatinya
 Yang perempuan pulak, akan ada yang cemburu
 Jadi, mari la kita sama-sama berubah
 Simpan la yang cantik-cantik itu
 Kerana sampai bila-bila pun, korang memang cantik
 I know you can do it, girls

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Inilah pengakuan ikhlas dari seorang lelaki dengan cara yg paling moden yang aku pernah jumpa.ahahah~ Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal... =)





Wednesday, February 9, 2011

TERIMA KASIH WAWA!!! ~,^ *eksklusif*

Assalamualaikum..


Ok, entry kali ni saya tujukan KHAS ok KHAS utk WAWA g0mox! lalala~ btw, as usual cik wawa SILA TERHARU....=)

Ini adalah kerana: 
1) Tetibe ak rase malas nak cerita...=p

Ok ok... kita cite secara rambang jela eyh... Hari tu masa CNY dia ajak aku pergi Times Square (TS) dan telah ditemani oleh bekas rumet aku dulu Cek mek Azi juga ak bawak spupu sepapat aku..




Memang sangat gumbira itu hari walaupun fulus takdo... O.0" AHAHAH~ yg penting kite ENJOY! dapat la main b0wling 1 set with balingan yg infinity..ohohoh~ itu rezeki namanya.. kit0rang dapat meneruskan bowling walaupun game da abes taw..ohohohohH~

The most IMPORTANT thing!!! WAWA telah mengingatkan aku yg tarikh utk bayar yuran UiTM berakhirnya hari itu. Walaupun hanya tinggal 1 jam dan beberapa minit lagi... Aiyoooo!! tr0k nye ko ni Lynn.. nasib sempat taw...kalau tak extend la 1 tahun aku ni jawabnye...huhh!

Jangan wat lagu ni lagi ye Lynn. Btw, thanx wawa kerana mengingatkan aku. Jadinya aku tujukan lagu TOLONG INGATKAN AKU by Ana Rafali KHAS untukmu... ececehh~ kembang kempis hidung wawa ak nengok..uhuhuuh!


Thanx for read this entry! ~,^


Tuesday, February 1, 2011

InsyaAllah malay version is really AMAZING!~,^

Assalamualaikum...

Fehhhh! 1st time dengar lagu ni bt0i2 terkesima..eheheh~ sedap la MAHER ZAIN bawak lagu ni dalam Bahasa Malaysia...=)

Really LOVE this song also ALL songs by MZ...~,^
Enj0y this song!




Andainya,
Kau rasa tak berupaya,
Hidup sendirian tiada pembela,
Segalanya suram, bagai malam yang gelap,
Tiada bantuan, tiada tujuan.

Janganlah berputus asa,
Kerana Allah bersamamu,

[chorus]

InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..

Andainya kesalmu berulang lagi,
Bagai tiada ruang untuk kembali,
Tika keliru atas kesilapan lalu,
Membelenggu hati dan fikiranmu.

Janganlah berputus asa,
Kerana Allah bersamamu.

[chorus]

Kembalilah,
Kepada yang esa,
Yakin padanya, panjatkanlah doa,
Ooo Ya Allah,
Pimpinlah daku dari tersasar,
Tunjukkan daku ke jalan yang benar,
Jalan yang benar.. Jalan yang benar..
Jalan yang benar..

[chorus]


Btw, aku dengar dia nyanyi mmg sejibik mcm others MALAYSIAN...;D


Saturday, January 29, 2011

SANTAU!

Assalamualaikum semua..=)



Korang semua sihat? huh? seram sangat gamba nih??? huuu~ biasa la gimik gitu.. ok,semoga semua sihat sentiasa dan sentiasa di dalam perlindungan Nya.. Ok, hari ni aku nak share sikit pasal kes santau-memantau. Mungkin ada bagi sesetengah orang dia tak percaya pun benda ni and ada jugak yg terlebih TAKSUB dengan benda ni.

Tapi memang tak dapat disangkal lagi. Benda ni memang WUJUD! Dan yang paling aku pelik, zaman dah makin moden ni makin ramai pulak guna benda yg KOTOR ni!!! Pelik kan??? sepatutnya guna la cara lagi moden zaman serba teknologi baru sekarang ni..kan? opppsss!!! s0rry, aku tak bermaksud menggalakkan orang BERbuat jahat kat orang lain.. Juz, ellow!!! aku rasa cara SANTAU ni sangat KEJI!!! DIRTY!!!

KENAPA org SANTAU org???

Okay, opkoz la orang santau orang en..takkan nak santau gekko??? huhu...kayo la camtuh smua gekko dtg kat dia..huuu~ Ok, sorry..aku memang suka jadi LOYAR terlebih cantek.. urmmm...



SEBAB santau memantau:
  • DENGKI - Tak dapat dinafikan, perasaan yang ada pada setiap manusia. Tak boleh tgk orang hidup senang. Dia pulak yang sakit hati. pelik kan? patutnya hati kita senang la bila orang senang, sekurang-kurangnya dia tak ganggu hidup kita atas kesenangan dia.
  • CEMBURU - Hurm..yang ni lagi lah. Selalunya pasal girlfren and boyfren. Bila da jelous tak dapat aweks or pakweks tu mula la guna cara KEJI ni utk dapatkan orang yang dia nak tu. Aishh..gunalah effort sendiri utk tackle. Ini tak, guna cara HALUS!
  • SAKIT HATI - Ini pun 1 lagi penyakit. Entah apa yang sakit hati sangat tah. Tapi tu lah kadang-kadang, maybe kita tak sedar kot2 lah kita ada wat orang sakit hati. At last, amek ko disantau nya. Tapi agak2 la nak santau pun. PERIT kot. Kalau ye p0n, bawaklah berbincang cara yg baik..kan?

KENAPA AKU SHARE CERITA NI???

Sebab...hurmm.. benda ni sedang berlaku di sekeliling aku. Aku rasa sedih sangat. Tak payah la buat benda KEJI macam ni. =(  Bila kita ada niat je nak buat macam ni, tu dah melambangkan hati kita ni busuk apetah lagi iman di dalam diri. Ianya terlalu LEMAH atau mungkinkah kita TIADA IMAN??? Tu kalau niat. Kalau kita berani buat benda ni??? thats mean, tiada lagi sifat KEPERIMANUSIAAN di dalam diri kita SEBAB sanggup MENGANIAYA orang lain utk KEPUASAN diri sendiri..

Bahagia sangat ke kau buat benda macam tu? YES! for sure la kan. Kalau tak, takkan kau buat..kan? Tapi kau kena ingat, DUNIA ni hanya SEMENTARA. Bila-bila pun kita boleh mati. Bahagia ke bila ko mati dengan mengamalkan benda KURAFAT macam ni? Its up to U! Mungkin ya utk ko. Ingatlah, AKHIRAT tu la yg KEKAL ABADI di sana. Atas perbuatan kau kat dunia yang sementara ni, kau akan di hukum di akhirat yg kekal abadi kelak.



Anyway, aku pun manusia biasa jugak. Yang BAIK datang dari ALLAH, yang buruk datangnya dari kekurangan diri aku sendiri. MAAF atas segala salah silap. Jangan la santau aku pulak..hee~ apa-apa kita face to face je. Bincang molek-molek. kan?

THANX for read this entry... ~,^

Thursday, January 27, 2011

SURAT UNTUK MY FUTURE SON fr0m MAMA~

 Assalamualaikum..




Anak mama,
Hmm..mama nak pesan kat kamu ni. Bak kata papa kamu, kalau kamu ada adik-beradik yg ramai kamu jangan la merungut ya..  Iyalah, mana taknya.. Mama ni kan sgt c0mel di mata papa kamu. Kena pulak dulu bukan main susah lagi papa kamu nak ‘tackle’ mama kamu ni. Jadinya, setiap hari malam pertama lah nampaknya.

My boy(s),
Betul lah cakap papa kamu tu. Kaum kamu ni bukan boleh dipercayai sangat. Maka dengan itu, kamu sebagai anak lelaki jagalah adik-adik perempuan kamu ketat-ketat ya. Kalau diorang nak keluar berdua kamu ikut sekali. Bak kata papa kamu “perhatikan that guy all the time! non-stop!”. Prihatin kan papa kamu, that’s why la mama sayang papa kamu. Proactive. Oppss! Protective.

Dear son(s),
Papa pesan apa? Jangan menonton filem lucah kan? Ya, mmg betul sangat kata papa kamu tu. Tak best pun. Nak jugak? Aishhh… Ikutlah teladan papa kamu tu, tak pernah pun tengok blues-blues cam gitu.  Ingat, amalan kita tak diterima Allah selama 40 hari tau. Kan papa kan?





My dear,
Besar harapan mama dekat anak mama ni. Bila besar nanti jadilah lelaki yang baik. Pendek kata macam papa lah, SETIA pulak lagi. Iye ke? InsyaAllah. Kamu doa-doakan lah ya. Lelaki ni biasalah, tak dapat dikejar-kejar. Klu dah dapat di abaikan pula. Tapi setakat ni papa kamu OK. Apa-apa pun kamu doalah tuk mama ngan papa ye. DOA seorang anak tu la yang tenangkan mama dan papa masa kami dah pergi nanti. Oh ya, papa kamu cakap kaum mama ni lembik? Oh no, tidak sama sekali ye. Kami ni sangat lemah lembut orangnya. Comel? Confirm dear.

Handsome boy(s),
Risau betul mama macam mana la gadis-gadis zaman kamu. Zaman mama pun dah macam-macam perangai pelik. Ini kan kamu. Aihhh..papa cakap apa? Jangan cari gadis yang main tepung dekat muka ye? Takpe, mama kasi. Tapi, tepung yang boleh di buat makan ye, atleast kamu kenyang kan dari tak boleh makan tepung(make up) yang mahal pulak lagi tu. Kan?



My lovely son(s),
Kamu kalau nak cari pasangan tu biarlah yang susah sikit nak tackle. Gadis yang susah nak tackle ni lagi baik lagi suci tau. Tak ramai lelaki yang suka kacau dorang melainkan lelaki tu sangat-sangat lah suka dia. Gadis macam ni lah yang mahal boleh dibuat isteri. Bukan yang suka melayan sana sini. Bak kata papa: CINTA susah datang susah pergi.  

Anak mama,
Kamu nak cari duta garnier ke silky girl ke loreal ke mama tak kisah. Tapi 1 kamu kena ingat, nak bawak rumah nanti jumpa mama. Bukan papa kamu okay? Biar mama yang buat audition untuk dia. Mama risau je kalau papa kamu yang buat audition tu, silap-silap hari bulan bukan audition untuk kamu tapi untuk dia. Biar pun papa kamu ni baik, tapi kamu pun kena beringat lelaki ni bukan boleh percaya sangat.

Anak mama kan?

Wednesday, January 26, 2011

Rawatan Tradisional Alternatif Islam..

Assalamualaikum...









Hai semua! ~,^


Okay, hari ni nak share sikit pasal RAWATAN TRADISIONAL mengikut cara ISLAM. Actually, niat aku ni nak tolong kwn la kan...PROMOTE gtu..ehee~ Almaklumlah, dia baru buat blog, so nnt org tak tahu la kan pasal ni..


Walaupun blog aku tak 'famous' lg..huuu~ aku tetap nk promot kan jugak..;D


Nama rawatan tu Thahir Terapi Klasik dan kini berada di seksyen 6 SHAH ALAM, Selangor... =)
Okay, korg boleh klik je kat link atas ni for further information ye...


Aku kasi tahu secara roughly jela k.. dia boleh mengubat:


  • org yg terkena santau (org yg menaiya org gtu..)
  • jin yg masuk dlm badan (sama ada TERmasuk or ada org anta)
  • bekam
  • saka etc
So, for further info u may click this Thahir Terapi Klasik okay! =)


Thanx for read this! ~,^