Pages

Thursday, January 27, 2011

SURAT UNTUK MY FUTURE SON fr0m MAMA~

 Assalamualaikum..




Anak mama,
Hmm..mama nak pesan kat kamu ni. Bak kata papa kamu, kalau kamu ada adik-beradik yg ramai kamu jangan la merungut ya..  Iyalah, mana taknya.. Mama ni kan sgt c0mel di mata papa kamu. Kena pulak dulu bukan main susah lagi papa kamu nak ‘tackle’ mama kamu ni. Jadinya, setiap hari malam pertama lah nampaknya.

My boy(s),
Betul lah cakap papa kamu tu. Kaum kamu ni bukan boleh dipercayai sangat. Maka dengan itu, kamu sebagai anak lelaki jagalah adik-adik perempuan kamu ketat-ketat ya. Kalau diorang nak keluar berdua kamu ikut sekali. Bak kata papa kamu “perhatikan that guy all the time! non-stop!”. Prihatin kan papa kamu, that’s why la mama sayang papa kamu. Proactive. Oppss! Protective.

Dear son(s),
Papa pesan apa? Jangan menonton filem lucah kan? Ya, mmg betul sangat kata papa kamu tu. Tak best pun. Nak jugak? Aishhh… Ikutlah teladan papa kamu tu, tak pernah pun tengok blues-blues cam gitu.  Ingat, amalan kita tak diterima Allah selama 40 hari tau. Kan papa kan?





My dear,
Besar harapan mama dekat anak mama ni. Bila besar nanti jadilah lelaki yang baik. Pendek kata macam papa lah, SETIA pulak lagi. Iye ke? InsyaAllah. Kamu doa-doakan lah ya. Lelaki ni biasalah, tak dapat dikejar-kejar. Klu dah dapat di abaikan pula. Tapi setakat ni papa kamu OK. Apa-apa pun kamu doalah tuk mama ngan papa ye. DOA seorang anak tu la yang tenangkan mama dan papa masa kami dah pergi nanti. Oh ya, papa kamu cakap kaum mama ni lembik? Oh no, tidak sama sekali ye. Kami ni sangat lemah lembut orangnya. Comel? Confirm dear.

Handsome boy(s),
Risau betul mama macam mana la gadis-gadis zaman kamu. Zaman mama pun dah macam-macam perangai pelik. Ini kan kamu. Aihhh..papa cakap apa? Jangan cari gadis yang main tepung dekat muka ye? Takpe, mama kasi. Tapi, tepung yang boleh di buat makan ye, atleast kamu kenyang kan dari tak boleh makan tepung(make up) yang mahal pulak lagi tu. Kan?



My lovely son(s),
Kamu kalau nak cari pasangan tu biarlah yang susah sikit nak tackle. Gadis yang susah nak tackle ni lagi baik lagi suci tau. Tak ramai lelaki yang suka kacau dorang melainkan lelaki tu sangat-sangat lah suka dia. Gadis macam ni lah yang mahal boleh dibuat isteri. Bukan yang suka melayan sana sini. Bak kata papa: CINTA susah datang susah pergi.  

Anak mama,
Kamu nak cari duta garnier ke silky girl ke loreal ke mama tak kisah. Tapi 1 kamu kena ingat, nak bawak rumah nanti jumpa mama. Bukan papa kamu okay? Biar mama yang buat audition untuk dia. Mama risau je kalau papa kamu yang buat audition tu, silap-silap hari bulan bukan audition untuk kamu tapi untuk dia. Biar pun papa kamu ni baik, tapi kamu pun kena beringat lelaki ni bukan boleh percaya sangat.

Anak mama kan?

4 comments:

  1. wah3...kiut miut cite nyer...hehe..like2...=)

    ReplyDelete
  2. pnjg nye wasiat mama ni..hehe..

    ReplyDelete
  3. yeke? ahah~ papa pnye lg pjg la..uhuu~ btw, thanx for read this entry! ~,^

    ReplyDelete